An-Nahl, dari ayat 91~100;
91. Dan
sempurnakan lah perjanjian dengan nama Allah apabila kamu berjanji, dan
janganlah kamu pecahkan sumpah-sumpah itu sesudah kamu kuatkan dia, pada hal
kamu telah jadikan Allah sebagai saksi, kerana sesungguhnya Allah mengetahui
apa yang kamu kerjakan.
92. Dan
janganlah kamu jadi seperti perempuan yang merombak tenunan selembar-selembar
sesudah beres, iaitu kami jadikan sumpah-sumpah kamu sebagai tipu daya antara
kamu, lantaran ada satu golongan yang
lebih banyak dari satu golongan, Allah hanya mahu cuba kamu dengan itu, dan
tentu ia akan terangkan kepada kamu pada hari kiamat apa yang kamu
perselisihkan.
93. Dan
kalau Allah mahu, nescaya ia jadikan kamu semua satu umat, tetapi ia sesatkan
siapa yang ia kehendaki dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki, dan kamu akan
ditanya dari hal sesuatu yang kamu telah kerjakan.
94. Dan
janganlah kamu jadikan sumpah-sumpah kamu sabagai tipu daya antara kamu, kerana
nanti tergelincir kaki sesudah tegap nya dan nanti kamu rasakan kejahatan
lantaran kamu berpaling dari jalan Allah,
dan adalah bagi kamu azab yang besar.
95. Dan
jangan lah kamu jual perjanjian Allah dengan harga yang sedikit, sesungguhnya
apa yang ada pad sisi Allah itu, ialah lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.
96. Apa
yang ada pada sisi kamu boleh habis, tetapi apa yang ada pada sisi Allah kekal,
dan kami akan tunaikan kepada
orang-orang yang sabar akan ganjaran mereka dengan lebih bagus dari
apa yang mereka pernah kerjakan.
97. Barang siapa berbuat kebaikan dari antara laki-laki atau
perempuan pada hal ia mukmin, maka kami akan hidupkan dia dengan penghidupan
yang baik dan kami akan tunaikan kepada mereka akan ganjaran mereka
dengan lebih bagus dari apa yang mereka pernah kerjakan.
98.
Lantaran itu apabila engkau mahu baca Quran, hendaklah engkau berlindung kepada
Allah daripada syaitan yang terkutuk.
99.
Sesungguhnya tidak ada bagi nya kekuasaan atas orang-orang yang beriman, dan
kepada Tuhan mereka, mereka serahkan diri.
100.
Hanya kekuasaan nya adalah atas orang-orang yang jadikan dia penolong dan atas
orang-orang yang sekutukan dia.
.
Sumber,
[] https://sites.google.com/site/satupakatan/2
Following Twitter, [] https://sites.google.com/site/satupakatan/2
[] https://twitter.com/MyAddMe46/status/695413548944494593
.